Kekejangan Otot
(Sumber illustrasi: http://cheezburger.com/3181154816)
Juga dikenali sebagai ‘muscle
spasm/cramp’ dalam bahasa inggeris, Kekejangan otot adalah penguncupan otot
secara tiba-tiba dan tidak terkawal satu kumpulan otot atau organ berongga
seperti jantung dan pengecutan tiba-tiba orifis. Kebiasaannya ia berlaku dengan
kesakitan yang amat secara tiba-tiba pada otot, tetapi biasanya tidak berbahaya
dan akan reda selepas beberapa minit.
Antara punca-punca kekejangan otot ialah penyahhidratan, lebihan bebanan
pada otot (‘muscle overload’), dan
ketiadaan/kekurangan elektrolit. Pengecutan otot tidak terkawal juga mungkin
boleh disebabkan oleh keadaan perubatan, termasuk ‘dystonia’. Kekejangan otot hipertonik (hipertonia) adalah keadaan ‘residual muscle tension/tonus’ yang
berlebihan dan kronik, atau ketegangan dalam otot berehat (jumlah penguncupan
yang kekal ketika otot tidak aktif bekerja). Rendah kandungan natrium, kalium,
dan/atau magnesium juga antara faktor penyumbang kepada kekejangan otot.
Terdapat pelbagai sebab dan punca pengecutan otot yang tidak terkawal dan tidak
sedar ini, ada yang mungkin lebih serius, bergantung kepada keadaan.
Otot rangka bekerja sebagai pasangan bercanggah (‘antagonistic pairs’). Penguncupan otot rangka memerlukan
pengembangan otot lawan untuk bertindak sebagai satu pasangan. Kekejangan boleh
berlaku apabila otot tidak dapat untuk berehat dengan betul disebabkan oleh
gentian myosin tidak sepenuhnya tercerai
dari filamen actin.
Dalam otot rangka, ATP mesti melekat pada kepala myosin untuk ia memisahkan diri dari actin dan membenarkan keadaan rehat (‘relaxation’) - ketiadaan ATP dalam kuantiti mencukupi bermaksud
kepala myosin kekal melekat kepada actin. Percubaan untuk memaksa otot yang
mengalami kekejangan dengan cara ini untuk pemanjangan/pengembangan (dengan
berlakunya kontraksi pada otot lawan) boleh menyebabkan tisu otot koyak dan
memburukkan lagi keadaan. Otot mesti dibenarkan untuk pulih (sintesis semula ATP),
sebelum gentian myosin boleh diceraikan
dan seterusnya membenarkan otot untuk berehat.
Mengikut kajian, aktiviti regangan membantu dalam rawatan kekejangan
otot yang tidak serius. Masalah kekejangan yang disebabkan oleh
ketidakseimbangan elektrolit (terutamanya ketiadaan/kekurangan natirum), garam
mampu membantu. Sebagai langkah mencegah, adalah baik jika kita pastikan
persediaan fizikal, mental dan keperluan cecair/imbangan elektrolit yang
mencukupi untuk mengelakkan kekejangan otot.
(Sumber illustrasi: http://www.wisegeek.com/what-is-a-muscle-spasm.htm)
Antara sumber utama kalium.
(Sumber illustrasi:http://www.wisegeek.com/what-is-a-muscle-spasm.htm)
Peminuman air yang kerap boleh membantu badan untuk sentiasa terhidrat dan membuat otot kurang berkemungkinan untuk kejang.
Nota Tambahan
'Angina'
adalah kekejangan otot jantung, berlaku apabila ia tidak mendapatkan
bekalan darah (oksigen) yang mencukupi. Ia dikaitkan dengan
aterosklerosis, bahasa mudahnya ialah
"pengerasan arteri." Ia biasanya dirasai seperti tegangan otot yang
pedih di dada, kadang-kadang boleh berkembang ke leher, bahu dan rahang.
Medikasi sering digunakan untuk rawatannya, walaupun sakit secara
tiba-tiba,
kesakitan yang semakin teruk, dan kekejangan yang berlangsung selama
lebih
daripada 10 minit boleh menjadi tanda-tanda serangan jantung akan
datang.