Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday 30 October 2014

Menjalani Rawatan di Hospital Putrajaya

Beginilah nasibku .....

Ditujukan Untuk Keluargaku, kawan-kawan dan sesiapa yang mengenal ku

Isu Saikoloji & Emosi: Bagaimanakah Harus Saya Menangani Kanser Payudara? Bagaimanakah harus saya menghadapinya? Ini adalah persoalan yang harus dijawab oleh seseorang yang menghidapi kanser payudara. Seseorang yang menghidap penyakit ini pastinya terpaksa berhadapan dengan krisis pada beberapa peringkat menangani penyakit tersebut. Pertamanya ialah apabila dimaklumkan bahawa mereka mengalami penyakit tersebut, kemudiannya sewaktu memulakan siri rawatan. Mereka juga akan menghadapi saat-saat yang memilukan apabila dimaklumkan rawatan yang diberikan tidak menunjukkan maklum balas yang memberangsangkan. Tidak itu sahaja, malah bagi mereka yang berjaya menjalankan rawatan serta pulih juga terpaksa berhadapan dengan kemungkinan serangan yang berulang. Dalam menghadapi situasi sedemikian, tiada perkataan yang tepat dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan ku. Seolah rasa terhumban ke dalam dunia kenestapaan. Dalam keadaan ini, saya diburu dengan pelbagai perasaan yang negatif seperti hilang rasa keyakinan pada diri sendiri, terkejut, rasa tidak ketentuan terhadap masa depan dan sebagainya. Waktu-waktu sebeginilah, saya harus berusaha untuk mendapatkan bantuan serta sokongan daripada kumpulan sukarelawan seperti Persatuan Kebajikan Kanser Payudara di Malaysia serta rakan taulan, saudara mara serta keluarga sendiri. Adalah juga penting untuk seseorang yang mengalami penyakit ini mendapatkan pelbagai maklumat dalam menanganinya. Pastikan jugalah saya mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik dan jangan sekali-kali merasa takut untuk menjalankan rawatan dalam usaha memulihkan penyakit saya. Saya juga tidak haruslah berasa segan ataupun malu untuk mendapatkan kauseling profesional dalam membantu menangani masalah ini. Dengan bersikap secara positif, ianya akan menyumbang serta membantu saya dalam usaha untuk sembuh seperti sediakala. Sewaktu menjalani rawatan, komunikasi di antara saya dan pengamal perubatan serta pasukannya (teamwork) yang menguruskan adalah amat penting. Keupayaan serta penyediaan psikologi turut mempengaruhi respon serta sikap saya kepada rawatan yang dijalankan. Pastikan jugalah saya mendapatkan nasihat dan kaunseling daripada pakar kaunseling payudara yang terlatih. Mereka mempunyai peranan penting serta berupaya untuk membantu saya dalam waktu-waktu yang getir ini. Rasa ketakutan sewaktu mengalami penyakit ini tidaklah dapat disangkal mahupun dinafikan. Kita pastinya terfikir bagaimanakah kelak kehilangan payudara memberi kesan kepada hubungan dengan pasangan kita. Bagi mereka yang belum berkahwin pula, akan terfikirlah bagaimanakah pula respon serta sikap bakal pasangan hidup mereka terhadap bentuk fizikal mereka. Begitu jugalah dengan hubungan mereka dengan keluarga dan sahabat mereka ataupun mengenai jenis pakaian yang seeloknya dipakai oleh mereka. Semua ini bolehlah dibawa berbincang dengan kaunselor payudara ataupun kawan/ahli keluarga mereka yang rapat. Sesuatu yang penting ialah kita tidaklah harus disogokkan dengan harapan-harapan palsu. Malah, kita haruslah dimaklumkan akan kesan sampingan serta darjah ketidaksempurnaan hasil daripada menjalani pembedahan, kemoterapi ataupun radioterapi. Pemulihan fizikal selepas menjalani pembedahan termasuklah pemulihan kekuatan fizikal dan keupayaan untuk kembali kepada aktiviti sebelum mengalami penyakit ini. Tidak ketinggalan juga ialah keupayaan untuk menangani pemasalahan emosional serta yang berkait dengannya. Ini termasuklah menangani perasaan kehilangan payudara serta pengalaman menghadapi penyakit yang serius seumpama ini. Dalam keadaan ini, mendapatkan nasihat serta kaunseling adalah penting. Sesuatu yang harus kita berikan perhatian ialah bahawa penyakit ini tidaklah semata-mata memberikan kesan emosional kepada pesakit sahaja tetapi juga keluarga serta individu yang rapat dengan kita. Keluarga sepatutnya merasai bersama kepahitan para pesakit dalam menangani penyakit ini. Oleh itu pasangan juga haruslah mendapatkan nasihat serta kaunseling profesional dalam menghadapi saat-saat mencabar ini. Apakan daya ku kita hanya merancang diri sendiri sahaja, sikap keluarga ku yang tak ingin ambil tahu kesangsaraan yang ku hadapi kini semakin melemahkan semangat ku ...hanya aku berserah kepada Allah semoga dipanjangkan umurku lagi untuk menunaikan fardhu haji pada 1436H....Amin

Friday 11 July 2014

Lukisan Ku mengikut perasaan dalam hati dan mengimbau kembali kenangan yang berlalu

Lukisan akan menjadi Indah keika dalam kesunyian, ketenangan, mengimbau kembali persekitaran yang pernah dilihat dimasa lalu.

Wednesday 2 July 2014

Jom pei Vietnam



Di Vietnam terutama di bandar Ho Chi Minh tempat membeli belah barangan berjenama  ditengah bandaraya.  Kenderaan paling banyak ialah motosikal, sebab nak parking senang. Tempat membeli kain baju murah-murah , telekung, kasut, beg dan lain-lain disekitar Ben tanh macam  di Chow Kit Road Kuala Lumpur.