Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, 13 February 2018

Lawatan 1 hari ke Singapore

Perjalanan ke Singapore hanya 1 hari sahaja itupun kebetulan aku balik ke Kg Sri Menanti, Sri Medan , Batu pahat  menjengok ibu yang semakin hari di mamah usia.  Niat dihati nak bawa ibu bersama-sama melawat saudara mara di Johor Bharu dan di Singapore tetapi ibu tak mahu ikut kerana keuzurannnya. Inilah gambar-gambar kenangan semasa di Singapore.



Perjalanan ke Johor Bahru hanya 1 jam 45 minit
melalui Lebuh raya Yong Peng ke JB.menginap di Grand Sentosa Hotel selama 2 Hari 1 malam sahaja.
Untuk mendapatkan pakej ke singapore jam 8 pagi hingga jam 6 ptg siap dengan pemandu pelancong 1-6 orang hanya RM600 sahaja.
Add caption
Singapore Flayer view yang pasti membuatkan anda tercengang dengan keindahan bandar


























Menara Merlion yang berketinggian 37 meter ini adalah sebuah lokasi yang patut anda lawati untuk menikmati pemandangan yang pasti mengujakan.  Bukan dari depan menara ini tapi dari MULUT MERLION ini! Anda boleh naik ke bahagian ini menggunakan lif yang disediakan. Dari sini, anda akan disajikan dengan pemandangan Pulau Sentosa dalam 360 darjah. Dah puas bergambar di sini jangan lupa masukkan tiket masuk anda ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dihasilkan secara yang ekslusif!  Tak sia-sia bayar tiket mahal.
Add caption

Add caption
Add caption















Universal Studio -Taman tema permainan yang sangat cantik sesuai untuk orang dewasa bawah umur 55 tahun dan juga kanak-kanak atas 7 tahun.

Marina Bay - satu tempat di tepi air yang sangat cantik . Pada lewat petang dan awal malam ada pertunjukkan lampu laser yang memukau mata.  Pada waktu inilah waktu puncak para pelancong untuk mengambil foto.

Aku jam 5.30 petang dah balik ke JB kerana tak mampu dengan kesesakan di Kastam Singapore dan perjalanan balik
Waterfront Promenade - satu tempat bersiar-siar ditepi air yang sangat cantik pemandangannnya. Kebanyakan pelancong kesini untuk mengambil gambar bangunan dan mercu tanda singapore disini.


S.E.A. Aquarium - 

Aquarium yang terbesar yang menempatkan pelbagai jenis ikan lautseperti jerung, ikan lumba-lumba, obor-obor,ikan pari dan pelbagai ikan dari lautan dalam.

Lawatan aku  dan keluarga tak lah padat sangat hanya sekadar melihat dan mengambil foto sahaja kerana masa ini tidak sesuai untuk kami dan waktu pun terlalu singkat .  Sebenarnya Singapore ada 51 destinasi yang menarik perhatian dan kalau kita nak memantau semua tempat tersebut terpaksalah menginap di Singapore sekurang-kurangnya 3 Hari 2 nalam.


0 comments:

Post a Comment