Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, 11 February 2018

Perjalanan ku menjadi tetamu Allah

Berkumpul di perkarangan Masjidil Haram bersedia untuk tawaf.
Dah selesai tunaikan solat fardhu di Aras 2 , kawasan ni taklah sesak sangat , nampak macam lapang  sahaja , kaabah nampak jelas. 
Kawasan tempat saie di malam Hari Raya Aidil Adha untuk dhuyufurahman yang mengerjakan Haji 
tamattu' Nafar Awwal orang tak ramai pada ketika ini.
"atas alasan yang terlalu Mustahak serta melibat keselamatan dan keperluan'Pelaksanaan Nafar Awwal juga adalah digalakkan kepada mereka yang Muslim yang tidak dapat menahan lagi pantang larang dalam Ihram atau terpaksa meninggalkan Mina"
 Jemaah melakukan Umrah dahulu dalam musim Haji dan kemudiannya baru melakukan Haji. Kebiasaannya jemaah Haji yang mengambil penerbangan Awal masuk Madinah dahulu yang berniat Haji Tamattuk. Bagi jemaah Haji Penerbangan Akhir yang masuk Makkah dahulu pun boleh melakukan Haji Tamattuk iaitu berniat Umrah di dalam Kapal Terbang dan kemudiannya berniat Haji ketika mahu berangkat ke Arafah.


 Sesiapa yang telah bertahalul Awal akan bebas dari Pantang Larang dalam Ihram kecuali 3 yang akhir iaitu yang ada hubungan suami isteri serta hal nikah dan kahwin. Jemaah yang telah bertahalul Awal bebas untuk memakai Pakaian Biasa dan berwangi-wangi.




 Kebiasaanya bagi jemaah Haji Tabung Haji, mereka akan Tahalul Awal di Mina iaitu dengan melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah dan bergunting atau bercukur.
Yang mengambil pendekatan lain iaitu Tahalul Awal mereka disempurnakan di Makkah. Iaitu jemaah kembali ke Makkah pada malam 10 Zulhijjah dengan melakukan Tawaf dan Saie (dikira 1 perkara) serta bergunting atau bercukur. Kedua-dua kaedah ini dibenarkan.

 Dari segi syara’ ialah berada di bumi Arafah walau seketika bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah (masuk waktu Zohor) sehingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah (menjelang Subuh).

Tidak sah Haji tanpa Wukuf di Arafah. Wukuf itu Haji dan Haji itu Wukuf di Arafah. Kerana itu bagi jemaah Haji yang sakit terlantar di Hospital, dalam apa cara sekalipun pasti pihak berwajib akan berusaha sedaya upaya membawa jemaah sakit ini untuk berada di bumi Arafah sehingga terpaksa dibawa dengan ambulan pada hari Wukuf.

Allaahumma ilaika tawajjahtu wabika’tashamtu wa ‘alaika tawakkaltu. Allaahummaj’alnii mimman tubaahaa bihil yauma malaa-ikataka innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir.


Artinya: “Ya Allah, hanya kepada Engkaulah aku menghadap, dengan Engkaulah aku berpegang teguh, pada Engkaulah aku menyerah diri. Ya Allah, jadikanlah aku di antara orang yang hari ini Engkau banggakan di hadapan Malaikat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

 


"Allaahumma haadzaa minaa famnun ‘alayya bimaa mananta bihi ‘alaa auliyaa-ika wa ahli thaa’atika.“Ya Allah, tempat ini adalah Mina, maka anugerahkanlah aku apa yang Engkau telah anugerahkan kepada orang-orang yang dekat dan taat kepada-Mu.”

Alhamdulillah perjalanan ku menjadi tetamu Allah telah pun tercapai akhirnya dalam keadaan yang sihat dan dengan izin Allah semoga mendapat keberkatan daripada Allah swt.  






0 comments:

Post a Comment